CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 December 2011

♥ love them ♥

bukan senang nk cari kawan baik & bkn senang jgk nk menjadi kawan yg baik

kawan yg baik tak pernah cemburu dgn kejayaan kawan baiknya
kawan yg baik akan membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan

kawan yg baik x pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk melakukan perkara buruk & sia2..
kawan yg baik adalah org yg akan selalu menasihati kawan baiknya untuk melakukan kebaikan

kawan yg baik akan sentiasa berada di sisi kawan baiknya ketika sedih & juga gembira
kawan baik manjadi tempat kte meluahkan perasaan yg x dpt diluahkan kpd kawan biasa

kawan yg baik x pernah melarang kawan baiknya utk berkawan dgn kawan yg baik
kawan yg baik x pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik
kerana kawan yg baik tau apa yg terbaik untuk kawan baiknya

kawan yg baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan & kebahagian kawan baiknya 
di dunia & akhirat di dalam doanya

kawan yg baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya
& yg paling penting
kalau kte nk dapat kawan yg baik, kte mestilah menjadi kawan yg baik kepada kawan kte dlu...
kan???



ni la kawan baik sy...my besties & diorg ni dah mcm adik2 sy sendiri..
always b my side....
love them~~



......... Anytime you need a friend, i will be here
u'll never be alone again, so dont u fear
even if u miles away, i'm by ur side
so dont u ever be lonely
it's alright ........

22 November 2011

Tahniah Harimau Muda

yeayyyyy...
tahniah kpd skuad bola sepak Harimau Muda yg telah berjaya mengharumkan nama negara semalam.....
mmg sgt sengit game semalam menentang skuad garuda....game semalam jgk bleh menyebabkan ramai penonton terkena serangan jantung...hahahahhaa





antara rakan2 yg mewakili Team Malaysia ke Sea Game  Indonesia.....
alhamdulillah diorg selamat kuar stadium smlm dgn diiringi pegawai keselamatan di sana..
take care ye korg..... 

Proud to be malaysian....

18 November 2011

Thanks Nuffnang & TGV :)

bestnye dpt besday gift dr Nuffnang & TGV Cinema......yahuuuu....sempena my besday yg lps (9/11) nuffnang & TGV Cinema bg 4 complimentary passes to watch any movie....bestnye....

actually emel ni dah dpt semggu yg lps tp ari ni baru baca..hehhehehee

ape pun, thanks again to TGV & nuffnang...love u lah!!!hehehhehee




01 November 2011

♥ eXcitiNg m0nTh ♥

fuhh...wiken bln 10 penuh dgn aktiviti...activiti paling best adalah treking 45min ke Ulu Tampit Waterfall @ Janda Baik....very exciting!!!!!nk pegi lg lps ni :) & untuk pengetahuan korg jgk, bln ni je dah 3 kali sy g janda baik...hahhahahahhaa...1st, pegi survey tmpt untuk family day opis....2nd was at Ulu tampit waterfall & last skali last wiken, family day opis..nnt kte updated story ye :)

ari ni nk cite pasal Ulu Tampit Waterfall dlu... :) ni 1st time sy meredah hutan untuk smpai ke air terjun yg sgt cantik & st sejuk..mcm dok dlm freezer....huhuhuuu....

ktorg gerak dr KL lbh kurang kul 9am & breakfast kt R&R Genting Sempah..kena la breakfast dlu kan klau x  xlarat nk panjat2 nnt..hehehheh.....ktorg smpai Kg Janda Baik lebih kurang 10lebih dah... Abg Jafri, our guide dah sedia menunggu....



setelah meredah hutan, trek yg licin & river crossing, kami smpai ke waterfall (level 5) lebih kurang kul 11lebih....time tu ada group cina yg tgh bersuka ria kt sini....after 10min rest, kami terus ke waterfall level 7 iaitu leval yg paling tinggi....


lebih kurang 10 min treking, ktorg smpai kt level 7....cantik gler & sgt sejuk....tp ktorg x mandi kt sini..sbb nye ktorg semua ni sgt "profesional" untuk  berenang...hahhahahaha....airnye sgt deras & quick deep..... & after half an hour, kami turun blk ke level 5 untuk berendam.. :)



* ada ikan yg manje2 kt sini..kasi diorg makan roti.hahhahahaha *


by the time kami smpai level 5, group cina td br lepas mkn & bersiap untuk blk...yeayyy, xde gangguan..just group ktorg je yg tinggal...



setelah puas mandi mandi, ktorg trn semula lbh kurang pkl 4ptg....





kpd yg berminat nk merasai bestnye waterfall ni, bleh call Abg Jafri ( 0193470772)....

28 October 2011

Pulau Tali Kail, Royal Belum - Temenggor

huh...last 2 week TM ade bt Bumiku Camping untuk staff...Thn ni bt dkt Royal Belum - Temenggor. Best gler, tp last year punyer camping yg kt Genting Awana tu lg best la...hehehe :)

total staff yg join 101 org staff + 10 org sukarelawan...ramai kan..ktorg konvoi 3 biji bas dr KL-tasik banding...dr jeti tasik banding tu, amik masa lebih kurang 45 min naik bot untuk smpai ke Pulau Tali Kail, resort yg ktorg tinggal...



Antara aktiviti yg ktorg bt selama 3 hari 2 mlm kt sana

- water confident....activiti yg paling best...berendam dlm tasik banding.....
- water monitoring...ktorg kena kaji tahap kebersihan air....
- blow pipe...sumpit!!!!!ade tok batin yg tlg ajarkan...hehehhee
- night walk..jumpe kijang...hehehhehe
- sira gajah - lebih kurang klinik gajah la...hehehhe....tempat gajah amik mineral
- reflesia....tp reflesia blom kembang la... :(
- kawasan pembalakan....

- Perkampungan orang asli...Kg Tebang...ktorg bercucuk tanam kt cni & bg sedikit sumbangan hasil daripada kutipan semua staff TM..syok sgt diorg dapat bantuan.. :)
& many more!!!!!!!!!!!!!!!!! :)


Do you know!!!!
- keluasan : 4 x singapore = 300,000 hektar...besar kan??
- usia Royal Belum : 130 juta tahun 
- Kedalaman Tasik banding : 5 - 400 kaki
- terdapat 10 spesies burung enggang. means lebih bnyk drpd species di Sarawak.




26 August 2011

.: Salam Aidilfitri :.


Assalamualaikum

Selamat hari raya kawan2.... & selamat blk kg jgk....
kpd yg drive, hati2 di jalan raya ye..
*ps : keje lg ari ni tp kepala otak mmg dah kt kg ni...mcm mana??  ^_^

20 August 2011

Ramadhan 20 & Lailatul Qadar


Doa hari kedua puluh : 
"Ya Allah, Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Syurga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mukmin."




Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan :
  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 
  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). 
  • Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun. 
  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3) 
  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini. 
  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia. 
  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan. 

15 August 2011

DOA HARI KE 15

Doa hari kelima belas : 

Ya Allah, Berilah Aku Rezeki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu’.
 Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, 
Dengan Keamanan-Mu, 
Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

amin

09 August 2011

Count On Me by Bruno Mars





If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you



boleh donlod di sini atau di sini jgk :)

Mengapa Wajah Tidak Berseri Ketika Solat?



"Ya Allah, baru kusedari bahawa wajahku tidak pernah senyum apabila sedang berhadapan dalam majlis-Mu. Sedangkan solatku ini adalah berhadapnya aku dengan-Mu, Kekasihku. Adakah aku tidak ikhlas dalam berhadapan dengan-Mu dalam solat ini, wahai Tuhanku?

Ya Allah, beratnya wajahku BAGAI aku menanggung beban yang sangat hebat. Tiada seri dan ceria pada air muka ini. Bagai air kolam yang bertakung begitu lama. Tiada riak, bagai angin tak pernah sampai di sini. Mengapa jadi begini?


Ya Allah, bukankah aku sedang berdiri, rukuk dan sujud. Menyerahkan diri ini kepada-Mu. Kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Indah. Sewajarnya aku sedang menikmati keindahan-Mu ya Zul-Jalal Liwal Ikram. Bukankah wajah ahli syurga akan berseri-seri di syurga kerana dapat memandang Zat-Mu?

Ya Allah, apakah hambamu ini belum mencapai martabat ihsan? Aku belum mampu beribadat seolah-olah aku yakin Engkau melihatku atau aku seolah-olah sedang melihat Engkau? Kalau benar aku ini ihsan ya Allah, tentulah wajahku berseri-seri di dalam solat. Bukankah begitu wahai Kekasihku?

Ya Allah, sewajarnya wajahku ceria ketika patah-patah ayat suci bermesra di lidahku. Sewajarnya air mukaku kelihatan gembira ketika aku qiam, rukuk dan sujud kepada-Mu. Aku sewajarnya tersenyum dan berwajah permata kerana Engkau-lah yang sedang berada di majlis amalan cintaku.

Ya Allah, kalau hamba-Mu akan gembira dapat melihat Zat-Mu di syurga kelak, apakah aku tidak patut gembira dalam solat ini? Bukankah solat ini telah menemukan aku rapat dengan-Mu, ya Allah. Bukankah yang sedang berada di depanku sekarang ialah Engkau, wahai Kekasihku?
.
Ya Allah, aku tidak pernah menunjukkan wajah senyumku kepada-Mu ketika solatku. Aku takut kepada-Mu ya Allah kerana dosa-dosaku. Namun, hati ini sangat gembira sebenarnya kerana Engkaulah di depanku. Sebagaimana Engkau janjikan ahli syurga gembira berhadapan dengan Kekasih di dalam syurga, izinkanlah di dunia ini, dalam solat yang singkat ini, aku merasai pengalaman syurga ya Allah. Biarlah manusia lain berwajah berat menanggung beban solat, namun aku lebih rela berwajah ceria kerana kegembiraanku dapat berada dalam majlis-Mu telah mengatasi rasa takut dan berat bebanku.

Ya Kekasih para mukmin, kurniakanlah kepada kami wajah berseri-seri dalam solat ini. Kurniakanlah kami ihsan yang menjadikan kita bukan lagi sekadar rapat dengan kata-kata tetapi telah rapat menyelinap di dalam jiwa. Dunia solat yang singkat ini adalah pancaran dunia syurga. Di mana sahaja kami berada, izinkan kami melihat dengan haqqul yakin kewujudan-Mu Yang Terindah. Sesungguhnya, gembira kami telah mengatasi rasa takut ini kerana kami sedar betapa melimpah-ruahnya kasih sayang dan keampunan-Mu. Perkenankanlah cita-cita kami wahai Zat Yang Maha Suci.

credit to Kak Fazilzura

05 August 2011

Berbuka @ KGPA


Salam Ramadhan

alhamdulillah..ari ni dah ari ke5 kite berpuasa kan.....semoga puasa & amal kita diberkati olehNya...

3/8/2011 ari tu, sy pegi berbuka puasa kt KGPA Bkt Kiara ngan member2 opis...thanks kt bos sbb die yg belanja ktorg sume...hehehhee..semoga dimurahkan rezeki selalu ye bos...


mmg best berbuka kt sana.....makanan bnyk gler smpai xtermakan sume.....ade kambing golek,ketam bakar,laksa,western food n jgk local dish.....tp satay mmg terbaik ar...hehehe..
xcaye tgk ni
berminat??klik sini
kemudahan surau pun ade tp sempit la sket...terpaksa bersesak2 nk solat....

jom tgk pic yg sempat di snap.... :)

meja yg dipenuhi makanan...hehehhee




ini je yang tinggal... :)
 ni plak muka kekenyangan...hahahhaa










02 August 2011

Fadilat Ramadhan

  • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
  • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

6. Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

7.Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith

8.Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

9.Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!
Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

10. Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

27 July 2011

SALAM RAMADHAN

salam...

selamat kembali kepada diri sendiri ke dunia blogging....hehehee..lama gler kot dah tinggalkan blog ni...xde la bz pun,cuma kdg2 xde idea la nk tulis ape...
so,sempena dgn Ramadhan yg bakal menjelma next week, sy ucapkan selamat berpuasa kpd semua ye...semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati olehNya...


"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah  mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka,
ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak." Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah

06 May 2011

Team Malaysia!!!!!!

salam...


last week sy bz dgn rehearsal untuk Team Malaysia....& at last Team Malaysia telah berjaya dilancarkan pada 29 April ari tuh...syokkkk sgt..Team Malaysia ni actually adalah pasukan penyokong sukan Malaysia.

ni la jersey PANTHERA!!!!!cantik kan.....
klau korg berminat, PANTHERA ni bleh dibeli kt sini.





18 April 2011

Piring Astro Mengadap Kiblat???

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan

manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,

tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro
ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari
satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke
arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana?


KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada

percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil

Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu
bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari
pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam

perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang

dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu
sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.
Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah
atau secara tepatnya dari Kaabah.


"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak

berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu

masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi
dengan Kaabah di alam akhirat.


"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di

tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan

itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda
dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur

seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang

umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.


"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk

membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila

anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia
ini," jelasnya


Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan

bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke

Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah

baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa

merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan
anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan
mengkaji Islam yang amat indah ini..

06 April 2011

DUTA KECIL CAREFOUR...

Salam....

nk promote sket ni...smlm bos mintak ktorg ramai2 tlg vote untuk ank die...die join untuk contest pencarian duta kecil carefour...so ari ni nk promote kt sini lak..kot2 la de yg sudi untuk vote damia ni..hehehee...cara nk vote mcm kt bawah...

damia


ni damia ngan mummy die...

Cara nk vote:
1. click sini & search nama nur damia iffah
2. click vote then kena register dlu..
3. tggu emel verification dr carefour...
4. dah dpt tu bleh la start vote damia...
5. tp klau dah vote n nk vote lg,kena tggu lg 30min...br bleh next vote..
;)

kpd yg vote tenkiu so much ye....

29 March 2011

NEWSPAPER : Pemandu wanita berbahaya?

source : utusan malaysia on9

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.
‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.
‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.
Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.
‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.
Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

26 March 2011

TM Muncul Sebagai Pemenang Syarikat Telekomunikasi Terbaik...

tahniah diucapkan juga kepada Telekom Malaysia Berhad yang telah memenangi anugerah Syarikat Telekomunikasi Terbaik di ICT NEF-AWANI 2010...






senarai penuh pemenang lain di majlis anugerah itu adalah


Usahawan Tekno Bumiputera Terbaik : Reza Razali, Terato Tech Sdn Bhd
Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik : Lotdotmy Sdn Bhd
Produk Perisian Bumiputera Terbaik : Century Software Sdn Bhd
Kandungan/Aplikasi Mudah Alih Bumiputera Terbaik : Islamkids.Media Sdn Bhd
Animasi Kreatif/Permainan Bumiputera Terbaik : Netcarbon Sdn Bhd.
Syarikat Startup Bumiputera Terbaik : Animonsta Studios Sdn Bhd
Syarikat Bumiputera Paling Inovatif : Orea Technologies Sdn Bhd
Berikut merupakan pemenang bagi anugerah pilihan pengguna :
Syarikat Telekomunikasi Terbaik : Telekom Malaysia
Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian Pilihan : Maybank
Perkhidmatan e-Kerajaan Pilihan : LHDN
Portal Hiburan Pilihan : Tonton.com.my
e-Komuniti Pilihan : MyEG
sumber: amanz.my

TAHNIAH M.NASIR

tahniah diucapkan kepada sifu dlm industri muzik iaitu M Nasir yang telah dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yg membawa gelaran Dato'..Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Pahang sempena majlis Ulang Tahun Hari Keputeraan yg ke80 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar..


sedikit mengenai M Nasir...

Nama Penuh : Mohamad Nasir Bin Mohamad
Tarikh Lahir : 4 July 1957 (singapore)
Kerjaya : penyanyi, pelakon, komposer & pelukis jgk..merupakan pengasas kumpulan kembara (tahun 80an) & pemilik Luncai Emas..
Anugerah : Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (1996)


23 March 2011

EARTH HOUR 2011

jom sama2 kita menyokong earth hour 2011...just padamkan lampu selama sejam pada 26 mac 2011 dr jam 8.30mlm...senang je kan...even hanya sejam kte padam lampu, kita dapat mengurangkan pemanasan global tau....selain tu,bleh jimatkan bil elektrik jgk kan..so renung2 kan & selamat beramal...hehhe


11 March 2011

TSUNAMI 2011

updated: nk tgk pic jepun before & after tsunami????? klik sini


JAKARTA: Indonesia hari ini mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk Indonesia yang tinggal di kawasan timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi. 

Penduduk kawasan itu dinasihatkan berjaga-jaga kemungkinan berlakunya tsunami susulan gegaran kuat di Jepun.


Gempa bumi bermagnitud 8.9 itu melanda Jepun hari ini, mencatatkan ketinggian ombak 10 meter yang mengakibatkan kapal dicampak ke pesisir pantai. - AFP.....sumber dr berita harian





Tsunami ini juga dijangka akan melanda Filipina, Taiwan, Indonesia terutamanya dan kemungkinan pantai timur Malaysia jgk


marilah sama2 kita mendoakan keselamatan semua umat islam...





09 March 2011

Skim Rumah Pertamaku

salam....

korang ade dgr berita tak pasal SKIM RUMAH PERTAMA KU....kpd yg xtau tu, meh nk citer sket

* umur pembeli mestilah 35 & kebawah
* pembeli belum pernah memiliki rumah sendiri means xpenah beli umah lg la....
* gaji pembeli mestilah < RM3000
* pinjaman 100% akan diberikan - means deposit 10% pun kte xyah kuarkan la....
* harga umah RM200k & kebawah
* pengecualian duti setem 50%


seronok kan!!!!bagus la diorg bt skim mcm nih kan....nak tau lg???p baca kat sini!! & if nk tau secara details nyer bleh refer kt sini