CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 March 2011

NEWSPAPER : Pemandu wanita berbahaya?

source : utusan malaysia on9

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.
‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.
‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.
Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.
‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.
Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

26 March 2011

TM Muncul Sebagai Pemenang Syarikat Telekomunikasi Terbaik...

tahniah diucapkan juga kepada Telekom Malaysia Berhad yang telah memenangi anugerah Syarikat Telekomunikasi Terbaik di ICT NEF-AWANI 2010...






senarai penuh pemenang lain di majlis anugerah itu adalah


Usahawan Tekno Bumiputera Terbaik : Reza Razali, Terato Tech Sdn Bhd
Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik : Lotdotmy Sdn Bhd
Produk Perisian Bumiputera Terbaik : Century Software Sdn Bhd
Kandungan/Aplikasi Mudah Alih Bumiputera Terbaik : Islamkids.Media Sdn Bhd
Animasi Kreatif/Permainan Bumiputera Terbaik : Netcarbon Sdn Bhd.
Syarikat Startup Bumiputera Terbaik : Animonsta Studios Sdn Bhd
Syarikat Bumiputera Paling Inovatif : Orea Technologies Sdn Bhd
Berikut merupakan pemenang bagi anugerah pilihan pengguna :
Syarikat Telekomunikasi Terbaik : Telekom Malaysia
Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian Pilihan : Maybank
Perkhidmatan e-Kerajaan Pilihan : LHDN
Portal Hiburan Pilihan : Tonton.com.my
e-Komuniti Pilihan : MyEG
sumber: amanz.my

TAHNIAH M.NASIR

tahniah diucapkan kepada sifu dlm industri muzik iaitu M Nasir yang telah dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yg membawa gelaran Dato'..Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Pahang sempena majlis Ulang Tahun Hari Keputeraan yg ke80 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar..


sedikit mengenai M Nasir...

Nama Penuh : Mohamad Nasir Bin Mohamad
Tarikh Lahir : 4 July 1957 (singapore)
Kerjaya : penyanyi, pelakon, komposer & pelukis jgk..merupakan pengasas kumpulan kembara (tahun 80an) & pemilik Luncai Emas..
Anugerah : Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (1996)


23 March 2011

EARTH HOUR 2011

jom sama2 kita menyokong earth hour 2011...just padamkan lampu selama sejam pada 26 mac 2011 dr jam 8.30mlm...senang je kan...even hanya sejam kte padam lampu, kita dapat mengurangkan pemanasan global tau....selain tu,bleh jimatkan bil elektrik jgk kan..so renung2 kan & selamat beramal...hehhe


11 March 2011

TSUNAMI 2011

updated: nk tgk pic jepun before & after tsunami????? klik sini


JAKARTA: Indonesia hari ini mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk Indonesia yang tinggal di kawasan timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi. 

Penduduk kawasan itu dinasihatkan berjaga-jaga kemungkinan berlakunya tsunami susulan gegaran kuat di Jepun.


Gempa bumi bermagnitud 8.9 itu melanda Jepun hari ini, mencatatkan ketinggian ombak 10 meter yang mengakibatkan kapal dicampak ke pesisir pantai. - AFP.....sumber dr berita harian





Tsunami ini juga dijangka akan melanda Filipina, Taiwan, Indonesia terutamanya dan kemungkinan pantai timur Malaysia jgk


marilah sama2 kita mendoakan keselamatan semua umat islam...





09 March 2011

Skim Rumah Pertamaku

salam....

korang ade dgr berita tak pasal SKIM RUMAH PERTAMA KU....kpd yg xtau tu, meh nk citer sket

* umur pembeli mestilah 35 & kebawah
* pembeli belum pernah memiliki rumah sendiri means xpenah beli umah lg la....
* gaji pembeli mestilah < RM3000
* pinjaman 100% akan diberikan - means deposit 10% pun kte xyah kuarkan la....
* harga umah RM200k & kebawah
* pengecualian duti setem 50%


seronok kan!!!!bagus la diorg bt skim mcm nih kan....nak tau lg???p baca kat sini!! & if nk tau secara details nyer bleh refer kt sini

05 March 2011

korang penah cuci umah zirafah tak??

haluuu....

huhh...penatnye ari ni..nk tau nape....ha!!!meh nk citer..

actually ari ni ade majlis perasmian kelab pencinta alam TM kt zoo negara.group Malaysia National Society (MNS) pun ade..so sempena ngan majlis ni, ktorg jd volunteer la kt sana....bkn volunteer untuk handle event ni tp volunteer kpd zoo negara...tugas ktorg adalah cuci mencuci umah2 binatang kt zoo...hehehheheh

tp xde la kena cuci cume kandang sbb ktorg ramai...so group ktorg kena p area savana...& ktorg kena cuci umah zirafah!!!!bau nye agak xmenyenangkan jgk la...tp lama2 mcm dah imune lak......sbb bau2an tu dah melekat kt ktorg....hahahhahaa

nk cuci umah zirafah ni bkn senang rupanya....ye la, mula2 kena buang dlu najis2 die...pastu basuh plak...pastu kena masuk kan pasir baru kt sume kawasan umah die.... ktorg bt ramai2 tu pun mcm dah penat..bayangkan zoo keepers yg dok cuci slalu tuh..bt sensorg je sume keje...cian diorg kan...

abes je sesi cuci mencuci, baru la ada majlis perasmian..dah la badan masing2 berbau zoo dah....hahhahaaa....xpe,yg penting sume hepi je

after lunch lak ktorg ade zoo hunt....sama mcm treasure hunt la...activity ni ktorg xtau pun sbnrnye...pihak zoo ngan MNS yg arrangekan....penat gak la zoo hunt ni...ye la,berlari-larian dlm zoo tu...besar kot kawasan die....melecet kaki gak la....

~opismate~

rhino...tebal kulit die 2 inci....tebal kan!!!

sebahagian dr volunteer yg kena cuci area savana...

walaupun penat, kami sume sgt hepi & rasa sgt bangga sbb dpt jd volunteers kt zoo negara untuk ari nih...mmg best sgt...ye ar,bkn sume org dpt peluang mcm ni kan...

be carefull ye kawan2

salam...

dah 2,3 ari x updated blog ni kan...xde la bz sgt pun cuma mood utk berblogging ilang p mana tah....ni br die mai blk..;)

ni nk citer xsket kt korang ni...sebagai peringatan la eak..ye la,skrg ni mcm2 bleh jadi kan...

pg td my bos citer, wife die br je kena simbah asid....ari rabu lepas..baru lg citer nih....kejadian ni berlaku kt area titiwangsa...masa tu die br je nk blk dr opis...

wife die kebetulan bkk tingkap keta & masa tu jgk dok tgh ckp tpon...tetibe ade mamat ni bwk motor, dtg terus simbah asid tu ikut tingkap & mamat tu terus blah..abes peha melecur...alhamdulillah la xterkena muka..klau x mmg lg kesian la....

cian wife bos sy..mangsa keadaan......mamat tu mcm india,tp xsure la kan.....dgr citer mcm ade lg 2,3 kes terkena simbah asid ni pd ari yg sama....motifnyer?????hanya mamat tu je yg tahu...tp aim nyer hanya perempuan yg bwk keta sensorg...

so to all my beloved fren, berhati2 la ye...kte xtau apa yg akan jd kt kte plak kan...so ape yg kte bleh bt hanyalah berdoa & berwaspada je....& make sure nk ke mana2 pun biarlah berteman kan....

ok lah...nk tdo dah....gud nite ye kengkawan....sok kena bangun awal lak..nk p zoo!!yeayyyyy!!nk ikot???jom ar.....nak tau nape sy nk p zoo awl2 pg esk???haaa!!!tguu esok kte citer ye.......

gud nite sume

01 March 2011

sy ada masalah dgn burung biru nih!!!!

salam...

korg......korg penah dgr burung biru bernama churpchurp ni???hahahhahaa....
mesti penah kan..sy pun tau pasal mende alah ni...
dan sy dah register jgk kt website die..dah agak lama jgk la register

masalahnyer skrg, sy xtau apa fungsi burung biru nih
xtau ape kegunaan & kelebihannyer????
fungsinyer lebih kurang nuffnang kan...tp mcm mana nk bt??
sape bleh tlg citer sket..
cer citer...ce citer..;)

hahhaa...cian sy xreti guna burung biru nih kan...
bt malu je..
hahhahahaaa

Adakah seseorang itu benar2 melakukan kesalahan?????

salam..

pg td ade dpt emel ni....sy mmg xpandai bab2 cenggini  sbb tu berminat nk tau lebih lanjut & beminat jgk nk kongsi ngan korg sume..hehehhee....jom baca!!


Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika dida pati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalah gunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

sumber dari Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE) ,En.Zulhazmi Shariff.